Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah...seinfiniti kesyukuran .
" kalau nak dibandingkan infniti tu dengan sejuta , alahai , apalah sangat . "
teringat phrase mr.mathematics semasa beliau mengajar tajuk limits and continuity . waah , saya masih ingat . tiada tanda alzheimer di situ . Syukur lagi .
ada athar menyebutkan bahawa kalau kita terima kasih pada orang juga petanda kita syukur pada Allah . saya tengok ni dalam tv alhijrah / tv9 dekatdihati tak salah saya . saya taktahu sama ada kalian pernah melihat , mendengar , menghidu , merasa . Eh .
Dari An-Nu'man bin Basyir r.a, ia berkata : Nabi saw bersabda di atas mimbar, "Barangsiapa yang tidak mensyukuri (nikmat) yang sedikit maka ia tidak akan mampu mensyukuri sesuatu (nikmat) yang banyak.
Dan barangsiapa tidak berterima kasih kepada manusia maka ia tidak akan bersyukur kepada Allah. Membicarakan nikmat Allah termasuk syukur sedangkan meninggalkannya merupakan perbuatan kufur. Hidup berjemaah adalah rahmat, sedangkan perpecahan adalah azab." [17721] Maqbul hadisnya. Riwayat Ahmad.
come on . siapa dapat ingat lagi hadis Maqbul itu sebenarnya apa ?
dah , jangan dok garu kepala . saya sediakan jawapan :
Depending on acceptance or rejection, hadiths are classified into two groups: maqbul (accepted) or mardud (rejected).
A maqbul hadith is one which the reliability of the narrator is accepted. It is necessary to obey a maqbul hadith.
saya rasa ianya lebih menawan jika tiada siapa yang tahu diri yang menulis dalam belog ini bukan ?
Ahhh , saya suka cara anda ! sungguh osem .
kenapa ramai ikhwah tak hensem ?er , soalan berani mati .
mesti ada juga orang cakap begini
kenapa akhawat tak cun ? fuh . peluh kecil saya merembes .
jangan cuba berbuat apa apa dengan saya hatta jelingan tajam sekalipunn .
sudah saya katakan blog ini dogmatism .
bagaimana hensem / cun pada pandangan umum ? hensem ; muka putih merah jambu . pfttt . bersih tanpa jerawat apatah lagi jeragat . berkumis nipis berjanggut sejemput . bermata galak hidung mancung bak seludang senyum menggoda berdada bidang . Eh . over .
Cun ; muka putih ala ala kacukan berbibir mungil merah jambu bermata bolat tambahan sedikit maskara berkening tebal bercantum tengah hidung tinggi potongan 26 24 26 dahi luas lagi licin .
Cun ; muka putih ala ala kacukan berbibir mungil merah jambu bermata bolat tambahan sedikit maskara berkening tebal bercantum tengah hidung tinggi potongan 26 24 26 dahi luas lagi licin .
kita tak boleh nafikan golongan sebegini hanya penuh di dada dada akhbar dan kurangnya golongan ini dalam DnT . saya difahamkan mereka ini diberi ujian yang luar biasa hebat daripada kita yang tak berapa nak hensem / cun ini . *koff kofff . saya sedar saya tak cun .
kalian , sebenarnya kita telah didoktrinkan dengan agenda yahudi dan merasakan bahawa ujian ditimpakan atas kita itu sebab Allah tak sayang . kalau hidup kita senang lenang makanya Allah sayang . itu agenda mereka kata nouman Ali Khan . sebenarnya , kesenangan atau kesusahan yang menimpa kita adalah ujian Allah .
Berbalik dengan hensem tadi . orang yang diberi kelebihan oleh Allah muka muka pemanis ini ujiannya juga hebat . Si hensem pergi jalan mana pun ada orang pandang terus rasa 'saya hot' lantas riak . betul ? saya taktau sebab saya tak hot . Ditaburi juga dengan ayat ayat chenta si gadis . fulamak cair macam cekelat . begitu juga dengan wanita dalam konteks yang sama . Jadi kita dapat lihat di sini batu tembok china yang menghalang mereka daripada mencari erti hidup sebenar .
mungkin bagi yang beriman kental dapat menolak syaitonirrojim itu akan tetapi bagi yang tidak .. na'uzubillah . Oh mungkin anda kata hensem / cantik itu subjektif . ikut pada mata yang melihat . terpulang . tapi saya yakin ada garis kehenseman / kecunan dalam konteks PANDANGAN MASYARAKAT . sebabtu wujudnya ratu cantik . ratu cantik pada pandangan masyarakat . kalau ratu cantik pada pandangan juri je baik suruh juri tu buat bini . dah jadi penyejuk mata sendiri kan senang . hambik . fuh peluh besar saya .
Dalam berbulatan riang dan berkonferens gembira , jarang ada golongan seperti yang saya sebut tadi . Mungkin ujian kehenseman / kecunan telah melalaikan beliau . astaghfirullah . dan jika ada yang sesat sorang dua ikhwah / akhawat yang hensem bergaya mungkin beliau mampu mengatasi ujian tahap Super Saiya peringkat kelima ini . Alhamdulillah syukur .
Itu pandangan saya . mungkin saya kelihatan pesimis dalam melontarkan pendapat tapi tiada apa yang salah dalam mengutarakan pendapat bukan ? Yang menjadi masalah ialah anda sama ada mahu menerima ataupun tidak . Arakian , saya berharap agar ramai yang terasa dirinya hensem / cun beristighfar sebentar dan koreksi adakah ujian paras wajah yang cantik ini membuatkan kita lalai ?
Tapi saya rasa , kalau anda hensem / cun sambil mengikuti bulatan gembira dan konferens riang pasti lebih kool dan bergaya . juga mencandat sotong dan menjala ikan dengan lebih banyak . hihihi :D . gelak kejam
sekian terima kasih wassalam :)
No comments:
Post a Comment