Saturday, February 18, 2012

Post tertangguh

Assalamualaikum dan salam ukhuwwah :)

Akhirnya sempat juga kaki ini melangkah dari Sarawak pulang ke rumah tercinta walaupun melangkah beberapa tapak dan selebihnya menaiki belon udara, tapi pengalaman tu yang penting :p

Sebenarnya tujuan utama post kali ni ialah cerita aktiviti2 tertangguh sepanjang ketidakmenulisan blog. SERIOUSLY IM TOO BUSY. ini bukan rekaan tapi benda benar. kadang2 tak cukup tidur lepastu masa kelas ambil nescafe satu tin segar bugar semula. bila petang, mula rasa nak collapse. adakah ianya kesan kufur nikmat waktu malam yang diberi tuhan? astaghfirullah

Walaubagaimanapun, untuk saya merungut adalah salah sama sekali. Itu bukan kerja yang boleh nak taknak sukahati je bila nak buat or tak. But it's AMANAH ALLAH. walaupun melalui manusia, itu hanya wasilah. Yang sebenarnya, Allah yang pilih. So, kau nak kata apa lagi? Namun, tak ramai yang sedar hakikat itu. Termasuk diri yang hina ini sehingga "dipukul keras" oleh ayat pengerusi yang seolah olah dapat mengerti kefuturan yang melanda hati

Assalam wbt pada sume jawatankuasa power rangers [namanya dirahsiakan]
skrg ni kita agak busy skit ngan program..
jgnlah merungut sndirian krana itulah JIHAD..
siapalah kita tanpa Rasulullah SAW..
baarakallah pada jawatankuasa [namanya dirahsiakan] n sume yang mnjayakan maulid ni.. =)
malam kejadian.
 Tahukan anda betapa rumit perjalanan sebelum dan semasa program walaupun kehadiran pada malam itu agak memberansangkan ? Namun segala kerumitan berjaya diubati diakhir program dengan  respons umum yang sangat baik ya'ni dengan mengatakan perjalanan program pada malam itu sangat awesome! Alhamdulillah. seronok saya bila anda seronok. ^^. walau kertas keja ditendang beberapa kali, lebih dari 5 tak silap saya dan agak kabut sikit pengeluaran surat2 jemputan dan memorandum, alhamdulillah. [semua tu kekhilafan dari pihak saya sendiri selaku timbalan s/u yg tak bertauliah] Mohon maaf dari semua pihak. But, u know what, 
"barangsiapa yang membesarkan / memuliakan Allah, terdapat taqwa dalam hati"
Ustaz Don cakap, membesarkan nabi = membesarkan Allah. So, do u get my point? Let's purify our niat. 
oh ya, ciri ciri jemaah yang baik ialah : melalui satu kisah zaman sahabt/taabi'in, jemaah yang baik, ialah apabila si mas'ul yang mennyampaikan pengisian, apabila dikutuk, menangislah beliau dengan kekurangan diri. Bukan apabila dikutuk terus dihambur kata kata amarah dan membanding dengan jemaah lain kononnya jemaah beliau lagi bagus. pigidah. oopss. dan, bukan yang memaksa. apa kes?  
 
semoga bermanfaat =)
 
 
 
 

Wednesday, January 25, 2012

Allah pilih hati siapa?

Salam 'alaik :)

Alhamdulillah seinfiniti kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi atas 2 nikmat yang terbesar iaitu Islam dan Iman. Juga selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W kerana dengan perit jerih baginda kita masih lagi mampu mengecapi dua nikmat terbesar tersebut.

Dah lama nak menulis kat blog ni. Orang busy la katakan. Pernah terfikir nak cari P.A tapi memandangkan ana juga P.A kepada seseorang maka jelas sebenanrnya, ana mampu menguruskan diri sendiri. Ala, Nabi Muhammad dulu lagi busy, tak pasang body guard /  P.A pun ? okayy-.- Nabi Muhammad Model Dinamik ,

sentuh soal "Nabi Muhammad Model Dinamik," ana teringat Sambutan Maulidur Rasul 2012 insya' Allah 5/2 nanti. Allah, paperwork tak lulus lagi. Inilah masalah institusi ni, kalau bab menari menyanyi lagha, cepat je lulus paperwork. kalau bab program islam, habis paperwork kena conteng,di reject berpuluh kali supaya betulkan budget. (kurangkan budget la senang cite) Ahad next week dh Maulud, p/w belum lulus. Juga ujian buat jawatankuasa kami yang terpaksa betulkan p/w beberapa kali, masing masing main peranan Alhmdulillah..=)

Mohon doa dari kalian agar Timbalan Naib Canselor meluluskan dengan hati yang terbuka program program Islam sebegini dan diberikan hidayah serta memahami phrase " al Islam ya'lu wa la yu'la 'alaih " Semoga terus tsabat pada jalan ini . Nak capai Ustaziatul 'alam bukan mudah kalau tak mula dengan membina individu muslim. siapa? Nafsi. Buat yang tidak mengerti maksud ana, 7 maratib amal telah digaris oleh IHAB agar tercapainya UA.






*Teringin nak tau jemaah Tabligh tu bagaimana dasarnya. Insya' Allah, Allah sudah jemput hati ini melalui ahli keluarga seorang muslimin untuk datang ke rumahnya untuk bersama mendengar ta'lim.

p/s : nak tahu ciri-ciri jemaah yang betul ? Next post insya; Allah =D

Thursday, December 15, 2011

mungkin anda seorang yang tidak berperasaan

tapi apa reaksi anda jika dapat mesej sebegini rupa :


" nak masuk syurga sama sama dengan nta/nti boleh ? =') "


bagi saya 5 minit *lari lari masuk toilet tutup muka nangis*


 dan apa perasaan anda jika situasinya begini pula ?

A : Eh , kenapa nta/nti buat macamni ? tak dosa ke ? 

B : Yang tu semua biar ana tanggung :'(


peluh besar saiz jumbo bersama air mata mengalir deras.

Wahai A ! Tariklah, pimpinlah tangan sahabatmu ke syurga bersama. Bukan tinggalkan beliau, biarkan beliau terkapai kapai.. Tak rasa ke nak duduk syurga dengan sahabatmu? setelah bermesra di dunia yang sementara, akhirat yang abadi takkan takmau? 



Wednesday, December 14, 2011

Ana Kheir minhu !

ini merupakan post pantas lagi menyentap zassss zassss zaassss . Eh hangit .



Pernah sekali kitorang menuju untuk solat asar, tiba-tiba kawan aku ni buat lawak 'zaman jahiliyah',

Perlu ke nak solat ni? Kalau aku nak tinggalkan takpe ke?

     Aku pun melayan 'lawak jahiliyahnya',


Setiap hari solat 5 waktu tak pernah tinggal. Pahala mesti dah bertimbun-timbun. Kalau tinggal solat asar kali ni, dosa dia taklah sebanyak pahala solat-solat fardhu kita yang sebelum ni. Jom la balik. Gi tidur petang lagi bagus
.

       Heh. Aku tau. Mengundang gila jawapan ni walaupun bernada lawak. Kemudian mamat tu balas seolah-olah seperti baru dapat hidayah,

 
Ish ish ish kau ni. Iblis dulu kuat beribadah, hanya kerana sekali tu je tak sujud, terus Allah sesatkan dia sampai sekarang. Berapa banyak pulak sujud yang kau tak buat kalau tinggalkan solat asar?

     Zasss. Tak tau nak balas apa dah. Haha. Well, this is sooooo true. Bayangkan seorang ustaz, alim ulama', muslim scholars, murabbi@naqib, presiden ngo islam etc., yang kuat beribadah dan kita tau dia ni memang orang kata tahap wali dah, sama sahaja mereka ini seperti iblis (pada pandangan makhluq) suatu ketika dahulu, tetapi hanya kerana satu sujud, terus Allah sesatkan iblis sampai hari kiamat. Apa masalah dia?

قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَن تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ ۖ أَسْتَكْبَرْ‌تَ أَمْ كُنتَ مِنَ الْعَالِي

Allah berfirman: "Hai iblis,
apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Ku-ciptakan dengan kedua tangan-Ku. Apakah kamu menyombongkan diri ataukah kamu (merasa) termasuk orang-orang yang (lebih) tinggi?"


قَالَ أَنَا خَيْرٌ‌ مِّنْهُ ۖ خَلَقْتَنِي مِن نَّارٍ‌ وَخَلَقْتَهُ مِن طِي


Iblis berkata: "
Aku lebih baik daripadanya, kerana Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah".

[Sad (38): 75-76]

     Penyakit ana khoirun minhu  (aku lebih baik daripadanya). Atau bahasa yang lebih mudah,



E.G.O 



Tuesday, December 13, 2011

REPOST:Rumah Dah Terbakar Dah..Jadi ?

Ini adalah sekuel kepada 'Rumah Terbakar Panggil Bomba, Bomba Datang Berlumba-Lumba Ewah!' Seandainya anda masih belum membaca post itu, anda dilarang keras sama sekali untuk membaca post ini. Nak cuba-cuba pun tak boleh. Nak intai-intai buat-buat tutup mata pada hal kelopak mata tak tertutup rapat lagi lah tak boleh. Tahu..? Wahahaha.. 

Mana-mana jalan, Allah berfirman di dalam al-Quran:

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. 
[at-Tahrim, 66:6]


Allah menyuruh kita untuk menyelamatkan diri kita daripada api neraka dan kemudian, selamatkan ahli-ahli keluarga kita daripada api neraka. Ada tafsiran yang menafsirkan perkataan 'Ahlikum' di dalam ayat ini sebagai orang-orang yang terdekat, rapat dengan kita. Senang kata, orang-orang yang kita sayang dan care lah.

Dalam Situasi Satu, nak ceritanya, kalau kita betul-betul sayang pada orang-orang yang kita sayang itu, pastinya kita tidak akan berbuat demikian kan..? Pastinya kita tidak akan membiarkan mereka dibaham api sedangkan kita seorang sahaja yang selamat. Pastinya kita akan  mengejut mereka sesungguh-sungguhnya sepertimana yang kita lakukan dalam Situasi Dua dan Situasi Tiga en?

Tak kisahlah perbuatan kita itu akan menyebabkan kita sakit dan menderita (seperti dalam Situasi Dua di mana kita ditampar oleh kakak kita) mahupun perbuatan kita nampaknya kasar dan biadap (seperti dalam Situasi Dua juga apabila Cik Kakak memijak perut abah dan anda menyiram mak anda dengan sebaldi air), tak kisahlah. Asalkan mereka selamat dan dapat keluar daripada rumah yang sedang marak membakar bersama-sama anda. Bukankah begitu..?

Jika sejauh ini jawapan anda 'ya' untuk semua soalan saya, saya ada lagi satu soalan untuk anda:

Kalau rumah kita terbakar dan kita begitu bersungguh mahu menyelamatkan nyawa dan jiwa orang-orang yang tersayang, pastinya kita akan buat lebih bersungguh lagi untuk menyelamatkan mereka daripada azab api neraka yang maha dahsyatnya, bukan..?

Ya, sila mengalirkan air mata bercucuran sekarang juga. 

Tetapi pelik bukan..? Ramai di kalangan kita walaupun sedar dan faham akan hal ini, kebanyakannya masih berada di dalam Situasi Satu. Kita mengejutkan mereka acuh tak acuh sahaja. Kita rasa kita sudah buat yang terbaik, maka lepaslah tanggungjawab kita. Sayugia kita dengan gumbiranya keluar menyelamatkan diri sendiri, sambil melihat orang yang kita sayang terkapai-kapai, terbakar, tenggelam dengan dosa dan noda mereka. Ceh, sayang konon..!

Tapi ingat tahu?? Di dalam cerita yang saya reka itu, mereka mungkin terbakar, hangus dimamah api begitu sahaja. Tetapi di akhirat nanti situasinya tidak begitu! Sekiranya mereka dibakar dan dahulunya kita tidak pernah mahu 'mengejutkan' mereka sesungguhnya, mereka akan pastikan yang mereka punya teman di dalam neraka nanti. Siapa lagi, kitalah...!!

(Tunggu sebentar, saya mahu mengalirkan air mata bercucuran..)
Gambar ini sedikit gory, tapi cukup menginsafkan. TT__TT [Kredit Gambar]

Nanti, kita mungkin merasakan yang kita tidak mampu, yang kita tidak punya kuasa dan kudrat untuk menyampaikan dakwah kepad akeluarga dan orang-orang yang rapat dengan kita. Betul kan..? Selalunya begitu; mudah untuk kita berdakwah dan mentarbiyyah orang yang pada mulanya asing kepada kita, daripada orang-orang yang sudah lama kita kenali. Mereka yang amat rapat dengan kita.

Mengapa ya..? Antaranya kerana mungkin kita punya masa silam yang gelap. Maka kita berasa malu untuk berdakwah kepada mereka, dengan sangkaan yang mereka akan merendah-rendahkan usaha kita. Kita tidak yakin yang mereka akan dapat menerima seruan kita, kerana dahulunya kita juga tidak ubah seperti mereka, malah lebih teruk lagi.

Eh. Tu sangkaan je kan..? Dah cuba belum..? Belum cuba belum tahu, tahu..?? Hohoho.. Tetapi tidak mengapa, saya ada solusinya, Insha-Allah. Sebab itulah saya datangkan analogi ini dengan versi Situasi Tiga. Di mana di dalam situasi ini, apabila kita benar-benar tidak mampu untuk melakukannya sendirian, kita mintalah bantuan daripada orang lain..! Bergaya bukan..?? ;)

Sama ada kita minta terus pada orang-orang yang kita rasakan lebih berkemampuan untuk menyampaikan risalah Allah kepada keluarga/orang-orang yang kita sayang (Contohnya, ustaz, syeikh, atau sesiapa sahaja yang kita rasakan lebih tsiqah dan qawiyy..) atau boleh juga secara tidak langsung. Tidak langsung? Anda bertanya. Bagaimana? Anda bertanya lagi.

Begini. Anda hendaklah berdakwah sesungguh-sungguh-sungguh-sesungguh-bersungguh-sungguhnya...!! Fulamaweh. Dan berazam dan pasangkan niat yang Insha-Allah, dengan usaha anda berjihad dengan sebenar-benar jihad itu, suatu hari nanti keluarga dan orang tersayang pasti akan tersentuh dengan tersebarnya dakwah di muka bumi ini. Siapa tahu, si Ahmad yang anda santuni melalui tarbiyyah itu nanti akan menyentuh si Jali, yang kemudian berdakwah kepada si Mail, yang kemudiannya menyedarkan kakaknya tentang kepentingan tarbiyyah, yang kemudiannya berjaya membawa ibunya ke dalam usrah, yang kemudiannya amat tertarik dengan usrah mengajak pula kawannya si Saonah ke dalam usrah dan si Saonah ini pula merupakan rakan baik mak anda di dalam perniagaan Public Mutual dan dia juga mengajak mak anda ke dalam usrah dan walaweh..! :O
Comel bukan..? Hihihi.. [Kredit Gambar]

Bagaimana..? Bukankah dakwah dan tarbiyyah ini sebenarnya cukup kool dan bergaya..?? Wahahaha.. Eh.

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. 
[Muhammad, 47:7]

Nah! Allah tu Maha Adil bukan..? Allah tu Maha Pengasih dan Penyayang bukan..? Pastinya Dia akan membantu hamba-hambaNya yang berpenat-lelah berkorban demi agamaNya, dengan mempermudahkan jalan untuk ahli-ahli keluarganya dan orang-orang yang tersayangnya untuk turut sama menyertai gerabak dakwah ini..! Biidznillahi ta'ala. Senyum lebar-lebar. 

Tapi ada dua syarat yang perlu dipenuhi sebelum kita pasrah dan berserah kepada Allah. Pertama, kita hendaklah mencuba sebaiknya terlebih dahulu untuk menasihati/berdakwah kepada ahli keluarga kita. Tidak bolehlah awal-awal lagi dah berputus-asa..! Kerana nak tak nak, memang itu tanggungjawab kita kerana mereka adalah orang yang paling dekat dan rapat dengan kita. Kalau bukan kita dahulu yang mahu menasihati mereka, takkanlah pak cik Karim yang datang menjual ikan setiap pagi itu..?? Eh.

Syarat kedua, kita hendaklah berdakwah dan menjalankan tugas kita sebagai 'abid dan khalifah dengan bersungguh-sungguh, tidak kiralah sama ada keluarga dan orang yang kita sayang berjaya disentuh atau pun tidak. Kerana untuk anda layak menerima pertolongan Allah itu, anda dahululah yang mesti menolong agamaNya. 
Ad-deenu nasihah: Agama itu nasihat. Sudahkah kita menasihati..? Belum cuba belum tahu! [Kredit Gambar]

Tapi ingat hidayah itu milik Allah. Jangan pula hilang keyakinan dan kepercayaan anda pada Allah, sekiranya anda telah memenuhi kedua-dua syarat ini dan keluarga dan orang yang tersayang masih tidak berjaya disentuh. Bukankah Abu Talib sehingga ke akhir hayatnya masih tidak beriman..? Ingat tahu! Allah melihat dan menilai usaha dan pengorbanan anda dan bukannya capaian dan hasil daripada usaha anda itu. Jadi, kena berusaha dengan gigih dan penuh istiqamahlah!


Eh kejap. Tapi kan... Sebelum semua-semua ni, kita dah selamatkan DIRI KITA dulu daripada api neraka ke belum...??

Air mata bercucuran laju.

-gabbana-


REPOST:Rumah Terbakar Panggil Bomba, Bomba Datang Berlumba-Lumba Ewah!


[Kredit Gambar]

Situasi Satu

Anda sedang tidur nyenyak, dibuai mimpi indah Ultraman berjaya mengalahkan Raksasa Sotong berperut boroi. Tiba-tiba anda dikejutkan dengan bau hangit yang teramat. Dalam keadaan yang masih mamun, anda bangun dan mencari-cari punca bau hangit tersebut. Anda terkejut gorilla apabila mendapati ruang tamu rumah anda sedang marak dijilat api. Anda kaku seketika kerana tidak sangka pemandangan yang hanya boleh dilihat di dalam drama-drama Melayu berkos rendah kini sedang terjadi di hadapan mata anda.


Ketika anda sudah sedar daripada lamunan anda, anda naik semula ke atas untuk mengejutkan keluarga anda dan kucing anda yang sedang tidur terlentang di atas komputer keluarga. Oh anda berjalan dengan lenggang-lenggang kangkung, sambil menikmati keindahan api yang sedang marak berwarna oren kebiruan. Anda mengetuk bilik ibu dan ayah anda dengan penuh sopan sekali. Semekom mak abah, boleh saya masuk..? Tiada respon.


Anda pun memulas tombol pintu dan masuk ke dalam bilik utama ibu dan ayah anda dengan langkah kanan dahulu. Kedengaran ayah anda sedang berdengkur maha dahsyatnya hinggakan anda menyangkan ada jet yang sedang terbang rendah di atas bumbung rumah anda. Ibu anda pula amat jelas sedang menikmati tidurnya kerana mulutnya sedikit ternganyum (ternganga sambil tersenyum). Bau hangit rumah terbakar semakin menusuk hidung.

Dengan penuh berhati-hati anda cuba mengejutkan ayah dan ibu anda. Mak, abah, bangunlah. Rumah terbakar tu. Anda menepuk-nepuk manja perut ayah anda yang humanghaih boroi itu. Abah, bangun bah. Habis dah televisyen skrin leper cap Sharp jenis Aquous empat puluh lima inci yang baru sahaja abah beli beberapa minggu yang lepas di Seng Heng tu dijilat api bah. Anda mengusap manja pula rambut ibu anda. Mak, bangun mak. Habis dah sofa kulit Lorenzo buatan Itali daripada kulit lembu asli berwarna hitam keperangan mak tu dijilat api mak. Mak, abah, bangunlah..

Tidak berjaya. Anda sedikit kecewa. Lantas anda pergi pula ke bilik kakak anda. Anda lakukan perkara yang sama. Anda dengan penuh sopan dan beradab ketimuran cuba untuk membangunkan kakak anda. Akak, bangun kak. Anda bersuara dengan kekuatan tidak lebih tiga puluh desibel. Akak, bangunlah kak, rumah dah nak hangus terbakar ni. Habis dah segala bapak atok majalah-majalah kesayangan akak tu terbakar. Gagal. Anda menggaru-garu kepala yang tidak gatal.

Anda ke bilik adik lelaki anda pula. Sama juga, tidak berjaya. Dik, bangun dik. Anda mencium pipinya yang gebu-gebu itu. Dik, bangun dik. Habis dah Playstation adik kat bawah tu hangus terbakar dik. Robot Gundam adik yang abah beli kat Singapura dengan harga seratus tiga puluh lapan dolar Singapura tu pon dah cair dah dik. Bangunlah dik.. 

Akhirnya anda terpaksa menyelamatkan diri anda sendiri. Sebelum itu, anda sempat mengusap kepala kucing anda, sebelum anda bergegas keluar menyelamatkan diri. Ketika di luar, anda sedikit kagum melihat api yang begitu cepat marak menjilat rumah yang penat ibu dan ayah anda renovet tiga bulan yang lepas. Anda kemudiannya ke pondok telefon awam yang terdekat untuk menelefon pihak bomba.


Situasi Dua

Anda sedang tidur nyenyak, dibuai mimpi indah Ultraman berjaya mengalahkan Raksasa Sotong berperut boroi. Tiba-tiba anda dikejutkan dengan bau hangit yang teramat. Dalam keadaan yang masih mamun, anda bangun dan mencari-cari punca bau hangit tersebut. Anda terkejut gorilla apabila mendapati ruang tamu rumah anda sedang marak dijilat api. Anda kaku seketika kerana tidak sangka pemandangan yang hanya boleh dilihat di dalam drama-drama Melayu berkos rendah kini sedang terjadi di hadapan mata anda.

Anda terus berlari ala-ala Watson Nyambek ke tingkat atas untuk mengejutkan keluarga anda. Bilik utama ibu dan ayah anda berkunci. Anda lantas merempuh bilik tersebut sekuat hati ala-ala Hulk Hogan yang mahu merempuh lawannya di gelanggang gusti. Tapi memandangkan anda bukanlah Hulk Hogan, sakit jugalah bahu dan badan anda akibat rempuhan tersebut. Akibat tidak berjaya, anda mengetuk pintu sekuat hati. Mak! Abah! Baaannnnggguunnn....!!! Rumah dah terbakar ni...!! BAAANNGGGUUUNNN...!! MAAAAKKK!! ABAAAHHHH! Pom pom pom anda menghentak pintu bilik.


Anda tidak membuang masa. Anda pergi pula ke bilik kakak anda. Mujurlah dia tidak mengunci biliknya. Kakak..!! Baaannnggguunn...!!! Rumah terbakar...!! BAAANNGGGUUNNNLLLAAAHH AKKAAAKKK!! Kakak anda tidur mati la pulak. Langsung menunjukkan reaksi sedikit pun terhadap jeritan anda. Anda lantas tekad untuk mengejutkannya. Anda tarik rambutnya sekuat hati sehinggakan kakak anda begitu terkejut dan menampar anda. Berjaya! Anda tidak kisah ditampar asalkan anda berjaya menyedarkannya. 

Kakak...! Rumah kita terbakar..!! Cepat tolong kejut mak dengan abah! Saya kejutkan adik! Kakak anda sedikit terpinga-pinga. Tetapi dek bau hangit yang begitu kuat, dia lantas mempercayai kata-kata anda dan terus bergegas ke bilik utama. Anda pula ke bilik adik lelaki anda dan terus mendukungnya. Adik! Bangun dik! Rumah kita terbakar...!! Anda menepuk-nepuk punggungnya sekuat hati. Adik anda terbangun dan terus menangis dek kepedihan yang mengigit di punggungnya. 

Adik! Pergi angkat si Alejandro tu! Cepat..! Anda menyertai kakak anda untuk mengejutkan ibu dan ayah anda. Kali ini dengan bantuan kakak anda, anda berjaya merempuh masuk bilik utama. Uih gagah juga kakak anda itu. Akhirnya anda berdua berjaya mengejutkan ibu dan ayah setelah kakak anda memijak perut ayah anda manakala anda menyiram ibu anda dengan sebaldi air. 

Akhirnya anda sekeluarga berlari keluar menyelamatkan diri. Ketika di luar, anda, kakak anda, adik lelaki anda, ibu dan ayah anda dan Alejandro si kucing Siam peliharaan anda sedikit kagum melihat api yang begitu cepat marak menjilat rumah yang penat ibu dan ayah anda renovet tiga bulan yang lepas. Anda kemudiannya mengeluarkan iPhone 4 yang sempat anda selamatkan dan anda simpan di dalam poket dan terus menelefon pihak bomba. 

Kelihatan sedikit senyuman kepuasan terukir pada bibir anda. 


Situasi Tiga

Anda sedang tidur nyenyak, dibuai mimpi indah Ultraman berjaya mengalahkan Raksasa Sotong berperut boroi. Tiba-tiba anda dikejutkan dengan bau hangit yang teramat. Dalam keadaan yang masih mamun, anda bangun dan mencari-cari punca bau hangit tersebut. Anda terkejut gorilla apabila mendapati ruang tamu rumah anda sedang marak dijilat api. Anda kaku seketika kerana tidak sangka pemandangan yang hanya boleh dilihat di dalam drama-drama Melayu berkos rendah kini sedang terjadi di hadapan mata anda.

Anda terus berlari seperti Usaion Bolt lagaknya ke tingkat atas, untuk mengejutkan ahli keluarga anda. Kemudian anda teringat yang sudah menjadi tabiat ahli keluarga anda apabila tidur akan mengunci pintu. Anda ke setiap bilik dan mengetuk pintu dengan sekuat hati anda. POMM POMM POMMM...!!! BAAANNGGGUUUNNN....!!! RUMAH TERBAAAAKKAAARRRR....!!! Tidak berjaya. Tiada seorang pun yang sedar dengan jeritan anda.

Ini tidak boleh jadi! Kata hati anda yang sedikit bijak. Anda lantas bergegas keluar rumah untuk mendapatkan bantuan jiran-jiran. Anda sempat melihat televisyen skrin leper cap Sharp jenis Aquos empat puluh lima inci yang bari dibeli ayah anda beberapa minggu lepas di Seng Heng sedang dijilat api. Di luar, anda menjerit sekuat hati.

TOOOLLLOOONNGGG....!!! RUMAAAAHHH SAYAAAA TERBAAAKKAAARR...!!! TOLONGLAH DAKU WAHAI JIRAN-JIRAN TAMAN PERUMAHAN INDAH PERMAI JAYA...!!!

Teknik anda berjaya! Kelihatan beberapa bilik yang gelap kini cerah tanda lampu bilik dinyalakan. Tidak beberapa lama selepas itu, beberapa orang jiran anda sudah pun berkumpul di luar rumah. Anda dan mereka segera bergegas masuk semula ke dalam rumah untuk menyelamatkan ahli-ahli keluarga anda yang masih terperangkap di dalam rumah. 

Tidak berapa lama selepas itu, hasil pertolongan jiran-jiran anda, setiap ahli keluarga anda termasuklah Alejandro si kucing Siam peliharaan keluarga dapat diselamatkan. Malah pihak bomba sudah pun tiba ketika semua ahli keluarga anda selamat di luar rumah. 

Alhamdulillah, getus anda di dalam hati.

***

Cara mana yang akan anda gunakan agaknya ya, sekiranya rumah anda terbakar dan anda seorang sahaja yang sedar..? Cara dalam Situasi Satu, Dua atau Tiga..? 

Saya bagi anda hint. Sila buka al-Quran, surah ke enam puluh enam ayat enam. Semoga berjaya memilih teknik yang paling berkesan dan bergaya..! Hihihi..

-gabbana-

Oh jangan risau, nanti saya ulas lagi bagi setiap situasi ni, Insha-Allah. Senyum.





Monday, December 12, 2011

Apa ada pada ribut taufan Caterina ?

mungkin ada yang tertanya tanya kenapa saya lampu tinggi (baca:highlight) kan persoalan nombor 2 dalam post nak jadi warga bumi busur. kenapa ya ? sebab seperti yang saya katakan , hati saya terkoyak rabak lapanbelas bahagian dipotong potong kemudian dicarik carik lantas dicucuk pada batang lidi untuk dijadikan satay. Eh

sejujurnya saya amat terasa hati . memang kena bbq ah semasa baca . sebab saya pun pernah menangis meraung sampai rasa putus asa dari pertolonganNya . Astaghfirullah . tunduk sambil mengalir air mata .

Pernah saya pertikaikan kenapa saya study hingga terpaksa stay up late tapi result lagi teruk dari budak yang habiskan masa tengok korean drama , ber HU-HA-HU-HA hujung minggu di bandar . kenapa saya tak mampu dapat result yang baik ? malah saya siap menyalahkan bulatan gembiran dan konferens riang yang saya terpaksa hadiri setiap hujung minggu . sia sia pergi . lebih baik saya belajar . Allah , teruknya saya . [tee][underscore][tee]

bukan sehari dua saya rendah (baca:down) macamtu malah berminggu minggu . mungkin dalam sebulan rasanya . suatu hari , ada seorang hamba Allah ni nasihatkan saya yang berbunyi begini ; sabarlah , mungkin ada yang terbaik dari Allah untuk awak . dan awak kena rajin buat solat sunat dhuha sebab kejayaan tu pun satu rezeki dari Allah kan .

zaaapppppp zaaappppp zaaaappppp . hangit .

oh ya , saya memang jenis yang WAJIB ada pada masa (baca:be on time) . kelas start pukul 8.00 , pukul 7.10 lebih kurang saya dah start kunci bilik dan pergi kuliah . bukan niat nak bangga saya pelajar paling awal pergi kuliah tahu ? saya tak suka berjalan dalam kalangan orang yang ramai apatah lagi melalui jalan di hadapan kolej lelaki . tambahan matahari sudah mula memancarkan cahaya memberikan vitamin D pada pukul 7.15 di negeri namanya-di-rahsiakan . Arakian , saya berjalan ke kuliah sebagai lone ranger dan pulang bersama power rangers . wahaha ...

akibat rendah (baca:down) yang terlampau , saya rasa nak berjalan ke kuliah pun macam hina sangat . rasa macam seorang pendosa tegar berjalan di bumi . siapa sudi berkawan dengan saya ? saya tak pandai dan saya tak layak berada bersama dalam kalangan kamu . saya tak pernah rendah sampai macamni tahu ? sementelah itu , saya menelefon Puan Ibu yang selalu melawat setiap hujung minggu masa asrama dulu . alhamdulillah , kurang sedikit tekanan saya . kemudian , apabila bersama rakan ketika sesi PBL,semua kena speaking english , saya rasa rendah lagi . saya tak suka english . saya nak orang cakap bahasa arab ! hey !

akhirnya hujung minggu itu saya beruzlah di masjid . sabtu ahad . lantas terbayang memori masa spm baca buku dan habiskan setengah hidup ketika itu di surau . ya saya lega selepas itu . beberapa hari kemudian , saya merayau dalam alam maya dan terjumpa karya imam al-ghazali dalam kitab beliau Ayyuhal Walad .


Nasihat Kelima : Ikhlaskan Niat.

Wahai Anakku Yang tercinta ;
Berapa banyakkah daripada malam-malam yang telah engkau penuhkan dengan berjaga untuk mengulangkaji dan menatap kitab dan berapa lama engkau telah menahan tidur. Aku tidak pasti apakah niat yang mendorong engkau berbuat demikian, apakah hanya semata-mata mencari keuntungan dunia, menghimpun segala mata benda dan mencapai kedudukan yang tertinggi serta berbangga dengan kebolehan mu di hadapan kawan-kawan. Jika ini niatmu maka engkau akan rugi serugi-ruginya.

Namun seandainya niatmu itu adalah untuk menghidupkan segala syariat Nabi Muhammad S.A.W.dan berusaha memperbaiki akhlakmu, serta berusaha memecahkan monopoli keinginan nafsumu yang sering terangsang ke arah kejahatan, maka beruntunglah engkau seribu keuntungan.Seorang ahli syair telah berkata :

سهر العيون لغير وجهك ضائع
وبكاؤهن لغير فقدك باطل
Ertinya :
Berjaga malam kalau bukan kerana zatMu adalah sia-sia dan menangis kalau bukan kerana kehilanganMu adalah tidak berguna.



terasa batu besar dari pergunungan Ural terhimpap dan terhentak di kepala . bedebuk !
 
Oh ya , baru saya sedar . Niat iaitu perkara akar yang saya lupa untuk betulkan di awal penuntutan saya terhadap ilmu Allah ini . Kemudian , saya berfikir bahawa saya inginkan ilmuNya tapi saya tak pernah bersungguh sungguh untuk cari RedhaNya melalui ilmu itu . Priceless . dan yang paling penting , jelas bahawa saya tak aplikasikan konsep tawakkal sepenuhnya . Kononya berserah kepada Allah , tapi bila Allah tetapkan keputusan saya macamtu kenapa saya meroyan jadi otromen toro ? Sepatutnya saya berserah dan yakin keputusan apa pun dariNya adalah yang terbaik buat saya . lagipun , itu ilmu Dia , sukahati Dia nak berikan saya kefahaman yang bagaimana . Yang saya nak menangis merengek rengek tu kenapa ? peluh besar menitis laju


beberapa minggu setelah menghadapi ribut taufan Caterina di hati ini , Dia pujuk saya . Dia anugerahkan saya dengan geran akademik 1MDB tajaan JPA bersama KPM untuk degree . Rupanya Allah simpan yang lebih baik untuk saya ^^ . Alhamdulillah tsummal hamdulillah . Seinfiniti kesyukuran . Allah .. TT____TT


jadi , berdasarkan kisah saya ini , kalian mesti tahu apa ibrahnya kan ? Terlalu banyak untuk diceritakan .




"Hairan sungguh urusan orang mukmin itu, semua urusannya baik belaka; perkara ini tidak akan didapati dalam diri seseorang kecuali pada orang mukmin. Iaitu apabila dia mendapat kebahagiaan dia bersyukur dan bersyukur itu baik baginya. Apabila ia ditimpa musibah dia bersabar, dan bersabar itu adalah hal yang baik baginya."

    [Riwayat Imam Ahmad]





ya , orang mu'min sepatutnya begitu . saya masih teruk dan seolah olah qudwah saya untuk kalian ialah zero ! ketika ini , saya rasa bulatan gembira dan konferens riang belum mampu membentuk diri . TT_______TT
Teruknya saya . 


semoga saya terus tsabat pada jalan ini .