Sunday, November 27, 2011

al-hubb ♥

ikhwah akhawat sekalian .

bekerja dengan berlainan jantina bukanlah suatu yang asing dalam masyarakat marhaen hari ini . wah , ayat macam nak mula pidato . dah , sambung . biasalah tu kan ? eventhough di IPTA sendiri pun berlambak group discussion yang combine laki pompuan . kononnya , nanti di alam yang sebenar , alam pkerjaan , kita akan mengalami semua itu . hah , ayat klise . educated housewife mana ada macamtu :p

fokus hari ini ialah golongan "ikhwah dan akhawat"

bukan taknak sentuh yang lain , cuma nak khususkan . [eh , sukehati la nak tulis apa pun . blog ni amalkan prinsip dogmatism . rasa tak puas hati boleh click x . ] untuk "ikhwah akhawat" , selalu digelar ketika bkerja dalam suasana yang islamic . such as budak budak BADAR , budak budak Arab , timur tengah selalunya guna word tu .

tapi , jalannya mungkin berbeza . means , cara berhubung .

ada yang guna fon , fb , etc. etc. whatsoever .


" situasi satu. ada masanya urusan itu atau ini perlu dibincangkan dengan ikhwah. jadinya perlu kita menghantar sms atau chat di fb untuk berbincang atau mengemukakan masalah itu dan ini. tetapi situasi yang ana lalui ini adalah semasa permulaan ana menceburkan diri dalam tarbiyah. jadi ana sedikit kurang mengetahui bagaimana untuk berurusan dengan ikhwah. ana tahu itu adalah jalan yan paling singkat dan tidak matang sekali dalam berurusan. yet, kita belajar dari kesilapan.
untuk permulaan ana masih lagi berbalas comment dan chat dan msg di fb dengan ikhwah. astaghfirullah. kurang ilmu dan kurang matang. untuk pengetahuan, hati akhwat lembut. sekalipun urusan itu adalah urusan agama semata, (atau tidak ) sedikit sebanyak hati wanita ini mudah terusik dan terbuai. atau ana je yang rasa macam ini?. antunna rasa juga kan? " - anonymous .


kan ? aku ingat aku sorang je yang kadang kadang rasa macamtu . sempena Awal Muharram , check semula apa yang dibuat Sem 1 yang lepas farahin . ini teguran yang lembut dari Allah , melalui manusia . syukur . itulah antara yang merunsingkan aku sekarang .

memang benar aku kata seronok berukhuwwah . tapi , masalahnya , hati hawa mudah terbuai . aku juga hawa . mungkin menganggap semuanya seperti adik beradik tapi niat yang baik tak menghalalkan cara . Niat nak anggap semuanya seperti adik beradik tapi tingkah laku seperti adik beradik tak boleh dilakukan . mana boleh nak ber ' missing you like hell ' macam adik beradik .

ini semua jalan fitnah . orang lain nampak suci , hakikatnya ? jawab sendiri . tak salah nak suka orang . atau ayat lebih geli "cinta" orang yang berlainan jantina . itu fitrah kan ? lelaki lebih tertarik kpd prmpuan , vice versa . tapi , sekarang tau tak kau atas jalan apa ?

kau penuntut ilmu . kau faham tak ayat imam syafie ;

العلم كالنور و نور الله لا يهدي للعاصى 

atau , lebih keras , ayat Allah ;





maksiat dan penuntut ilmu memang tak boleh berdua duaan . berdua lebih baik acha septriasa tak sesuai untuk situasi ini .

Dalam susana tarbiyyah ini , aku rasa jalan aku lalui sebenarnya tak mudah . perit . berlawan dengan diri sendiri . kadang aku nangis , melirih , letih mainan emosi , tapi perlu ke aku menjerit seperih anak tekak andai akhirnya aku sendiri yang mencicip luka ? soal bait al-muslim terlalu hampir saat ini . galakkan untuk mempercepat sunnah nabi itu bukan aku tolak cuma belum masanya untuk aku fikirkan . tambahan pula akhawat dan ikhwah yang senior sorang demi sorang utus walimah . aku terusik . tarbiyah atau bait al-muslim ? aku ikut jalan ini , nak jadi solehah . tapi adakah solehah itu untuk tuhan atau untuk mendapatkan zauj yang soleh seiring dengan mafhum kata kata Allah "lelaki yang baik utk prmpuan yg baik , vice versa" ? apa ni ??

berubah tak salah . cuma niat yang perlu diperbetulkan sayang =)

jalan kita masing masing berbeza . cuma , ambil jalan yang betul untuk sampai kepada Dia . al-hubb itu suci . tapi manusia yang menodai kesuciannya sehingga kini ianya hanya nampak mampu membutakan merpati dua sejoli . aku berkata benar . kononya kerana cinta sanggup gadai maruah , buang anak . tapi itu bukan cinta fitrah yang Allah bagi . itu cinta nafsu semata . manusia punya angkara .

aku berusaha untuk tidak terlalu memikirkan soal bait al-muslim . Lagipula sedang memegang amanah seluruh rakyat Malaysia . jangan sampai hancurkan amanah orang . munafiq . bila tengok drama cinta mula allergik . lagi lagi filem cinta islami yang ibarat cendawan tumbuh lepas hujan sekarang . memey ah nampok sweet , tapi hati mung guane ? maksiat dah tu . Imam syafie' pernah lupa ilmu sebab terlihat tumit seorang gadis . itu para ulama' . yang kita ni ? perlu bersungguh jaga ilmu farahin . dan perlu yakin , andai ada jodoh , pasti ada . insha' Allah . aku tak pernah menolak andai jodoh sudah tiba . Sunnah Nabi kan ♥♥♥ 

whatever it is , sucikan hati . jangan fitnah Islam atas kelakuan kita sendiri =D

p/s ; jadikan pengalaman saya sebagai pengajaran untuk anda berfikir . hidup ini tidak mudah . apa guna iman andai tidak dicuba dan diuji bukan ?

No comments:

Post a Comment